Viewing ‘Kudapan’ Category

RESIPI SALTED EGG CORNFLAKES

RESIPI SALTED EGG CORNFLAKES
Terus terang ni bukan resipi Ellie cipta sendiri.
Ellie siasat2 banyak resipi orang2 lain.
Adjust2 sana sini.. try n error..
Beli sekotak cornflakes 1.2kg pastu buat.. dan buat.. improvise dan improvise.. kasi jiran2.. kawan2.. minta feedback dan saranan. Dan ramai yang dah rasa dok merayu suh jual.. tak sabar nak beli! 😁😁😁

Dan last sekali Ellie rasa puas ati sangat dah dgn resipi adjust2 ni!

👇👇👇
RESIPI:
250g Kellog’s Cornflakes
75g butter
3-4 batang daun kari
3-4 cili kering (potong kecik2)
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari daging
65g salted egg powder

CARA:
Cairkan butter dalam kuali. Masukkan cili kering + daun kari + serbuk cili + serbuk kari. Masak kacau2 dalam 30 saat. Kecikkan kan api dan masukkan salted egg powder. Masak kacau2 dalam 30 saat. Tutup api. Tonggeng masuk cornflakes. Gaul2 rata. Pastikan rata yaa.. nanti ada yang tak kene flavour ni. Tonggengkan plak dalam loyang dan bake pada suhu 120’c selama 10 minit.

TIPS:
1. Guna pure butter lagi sodap!
2. Cornflakes timbang kilo keras. Tak garing! Tapi memang murah dan kaler lebih menarik.
3. Kalo taknak rasa pedas langsung, takyah letak serbuk cili dan kurangkan cili kering. Tapi cili kering wajib letak walau skit. Ni bagi aroma.
4. Tak letak serbuk kari pun xpe. Tapi bila buh, baru terangkat!
5. Nak letak lebih salted egg powder pun bole. Ellie penah letak 100g. Mmg terasa gile! Ketagihan sampai takleh benti walau perut dah sebu! Tapiiiiii… siap la kentut ko punya bau… pitam! 😂😂😂
6. Suhu oven tu, ikut oven memasing ya. Turunkan 50-60’c dari biasa bake kek.
7. Saranan pada nak jual, bole guna balang kod SP360. Timbang 125g bole dpt 2 balang.
8. Kalo seal molek2, betul sejuk baru pack dan bake cukup garing, bole tahan lebih sebulan juga. Kekal rangup garing! 😋😋😋

BERAPA NAK JUAL?
Ellie guna apps “Food Cost Calculator” kos dalam RM12. Jadi yang afdal utk jual bole lah darab 2 paling minimum. Utk 1 resipi dpt 2 balang, bermakna 1 balang kos RM6. Perlu ingat yaaa… kos ni lom masuk letrik, air, masa, upah dan untung. Jadi nak jual berapa? Nahhhh… congak betul2… 🥰🥰🥰

Semoga bermanfaat.
Doa kan anak Ellie .. ISHAMI IMAN berjaya cemerlang dalam PT3 akan datang. Dan anak2 Ellie semua, ARIMI ARIZ & NURNAIMI NAYLI cemerlang dunia dan akhirat… Aaminn.. 🥰🥰🥰

#ResipiEllie
#SaltedEggCornflakes
#ResipiPercuma
#KongsiResipi

20190911_184954_000020190911_190200_0000

CYMERA_20190911_221544

20190911_201822_0000

SOFT CHEWY CHOC COOKIES


Dosa sangat! 4 biji ngap! Rasa nak ngap lagi. Tapi dah sangat2 rasa dosa!!! Ranap diet!!! 😭😭😭

SOFT CHEWY CHOC COOKIES
Cookies yg mewah dgn choc chip & kekacang, lembut dan kenyal. Harum semerbak pula tu. Saiz besar penampar tau! 😄😄😄 Masuk sebiji transparent plastik, gubah sikit dgn ribbon, molek dah buat goodies.

Pada yg pernah attend kelas saya, 11 Dec ni saya ada buat kelas cookies gergasi ni.

Saya jemput pada yg pernah attend mana2 kelas saya, dari zaman dodulu sampai laa ni, meh Whatsapp 0194774566 utk info lanjut.

STICKER!

image

Alhamdullilah ..  lahir pun sticker ni.. ALMOND WHITE ROCHER.. kudapan hari-hari bukan hari raya ajo :p

TESTIMONIAL

image

image

image

Alhamdullilah … sebahagian testimonial dari yg dah rasa kelainan ALMOND WHITE ROCHER!

Uols bila nak rasa? Lai laiii.. hanya rm22 untuk sebalang isi 28pcs. Walaupun harga badam mencanak naik tiap2 minggu, InsyaAllah berbaloi nilai wang uols… PM or sms/wassap 0194774566
**ejen diperlukan**

ALMOND WHITE ROCHER

image

Rasai kelainan kudapan ALMOND WHITE ROCHER..
Harga: RM22 (28 biji)
Poslaju: RM8

Selfpickup: Sg. Tangkas, Kajang (5 min dari stesen komuter UKM)

Sms/whatsapp untuk tempahan 0194774566

*Ejen diperlukan*

EJEN DIPERLUKAN!

image

ALMOND WHITE ROCHER ~ kudapan sepanjang tahun.

Ejen diperlukan. Berminat boleh pm/sms/wassap 0194774566