MOTIVASI DIRI

Pesan daripada Ustaz Emran Ahmad:
KAWAL RASA CINTA DAN BENCI

Ramai orang gagal mengawal perasaan dirinya apabila dia sedang mencintai atau merasa benci kepada seseorang.Sedangkan kawalan diri itu sangatlah penting.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam daripada bapanya bahawa khalifah Umar al-Khattab RA (wafat 23 H) pernah berpesan kepada bapanya dengan berkata;

لا يكن حبك كَلَفا ، ولا يكن بغضك تلفا
قلت : وكيف ذلك ؟
قال : إذا أحببت فلا تَكْلف كما يكلف الصبي
بالشيء يحبه ، وإذا أبغضت فلا تبغض بغضا تحب أن يتلف صاحبك ويهلك

‘Janganlah kecintaanmu kepada seseorang menjadi bebanan dan kebencianmu pula menjadi kebinasaan.

Aku bertanya: Bagaimana boleh terjadi hal yang demikian?

Beliau menjawab : Apabila kamu mencintai sesuatu maka janganlah kamu menjadi ‘obses’ seperti kanak-kanak yang memperlakukan barang yang dicintainya.

Dan apabila kamu membenci pula maka janganlah sampai kamu mahu orang yang kamu benci itu dihancurkan dan dibinasakan.

[HR Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan Abd Razzaq dalam al-Musannaf]

# Sederhanalah dalam bercinta, biarkan ia tidak terlalu ketat dan rapat, juga jangan sampai ia longgar lalu terlepas. Sesuaikan ikatan cinta menurut keperluan dan keadaan.

Kebencian dan cinta bersilih ganti, berputar bagaikan sisi syiling yang berbolak-balik!

#CopyPaste
#Motivasi #SepotongAyat #AllahReminder #Reminder #PeganganHidup
#SunnahNabi #Hadis #Hadith #Doa
#SelfReminder

20180805_071624_0001

Comments

No one has said anything yet.

Comments are closed.