BISKUT UTK BABY

image

Gigih mama buat biskut utk kudapan Naimi ;););) walaupun rupanya “out” tapi rasanya lemak enak!

Takde specific recipe pun. Main hentam ikut naluri kasih sayang ajer.. ehehehheh

HOMEMADE BABY BISCUITS
-Asas-
200g unsalted butter
320g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara: putar butter hingga lembut berkrim. Masukkan telur & esen dan putar hingga kembang. Masukkan tepung dan putar hingga jadi doh. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk.

BISKUT PISANG
2-3 biji pisang masak. Lecekkan. Masukkan dalam 1 bahagian doh. Gaul rata. Bentukkan ikut suka. Buat agak nipis. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

BISKUT KURMA
5-6 biji kurma dibuang biji dan di lecekkan. Masukkan dalam 1 bahagian doh. Gaul rata. Bentukkan ikut suka. Buat agak nipis. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

BISKUT CARROT CHEESE
Sagat halus carrot dan tambah 1/2 cawan shredded cheddar cheese. Masukkan dalam 1 bahagian doh. Gaul rata. Bentukkan ikut suka. Buat agak nipis. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

JEJARI ROTI
Roti di sapu nipis dengan unsalted butter. Potong roti memanjang. Taburkan dgn shredded cheddar cheese. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

*** semua biskut takde garam. Takde gula. Biskut rasa lemak nice2 gitu. Sesuai utk baby bawah 1 tahun yg tak digalakkan utk ambil makanan bergaram dan bergula. Selamat mencuba dan selamat berkreativiti ;););) ✌✌✌ ***

Comments

No one has said anything yet.

Comments are closed.