HOMEMADE BABY FOOD: SERBUK IKAN BILIS

image

HOMEMADE BABY FOOD: Serbuk Ikan Bilis

Hari ni nak kongsi cara buat bahan perisa/perasa untuk baby kesayangan. Untuk baby bawah 1 tahun sebaiknya tak diberi garam dan gula. Jadi, boleh gunakan serbuk ikan bilis sebagai garam. ***hanya untuk baby 7 bulan ke atas***

Saya guna ikan bilis silver. Sebab takde tulang. Walau pun dah blend jadi serbuk, takut2 ada tulang kecil yg tajam kalau guna ikan bilis yang biasa tu. Ikan bilis silver biasa ada jual di pasaraya besar.

1. Cuci bersih ikan bilis guna penapis. Sebab ikan bilis ni halus. Rendam dalam 10 minit. Tos kan.
2. Sangai. Sama ada guna kuali tanpa minyak, sentiasa kacau. Api kecil. Atau lagi mudah masuk dalam oven dgn suhu sederhana 130-150’c. Sesekali kacau dengan sudip agar sekata masaknya. Agak2 nampak garing & kering, dah masak laa tu.
3. Blend guna blender kering hingga jadi serbuk.
4. Simpan dalam botol kaca (lebih tahan lama).
5. Bila buat bubur letak sedikit serbuk ikan bilis ni. Jangan banyak sangat yer.. biar la ada rasa skit je.

*** jangan lupa buat alergic test. Caranya, utk kali pertama campurkan serbuk ni dalam bubur baby, dalam 3 hari perhatikan jika ada sebarang elergik contoh ada merah2, gatal2, mata berair, cirit birit dan sebagainya. Kalo ada, berhenti dulu.. cuba lagi selepas seminggu. Check lagi. Kalau takde, maka lulus lah.. yay!!!! ;););) ✌✌✌

Selamat main masak2 ya mommy semua…

**mohon share pada kawan2 semua yaa.. semoga beri manfaat pada semua.. InsyaAllah

Comments

No one has said anything yet.

Comments are closed.