HOMEMADE BABY FOOD – BUBUR NASI

image

HOMEMADE BABY FOOD – BUBUR NASI
Harini nak share cara mudah & cepat serta menyeronokkan buat bubur nasi utk baby kiut miut kita. Silap2 dgn kita skali sebat juga 😄😄😄

1. Basuh beras macam biasa kemudian tos kan. Berapa banyak beras tu pandai2 agak la yer.. atleast utk seminggu makan pun ok. Dah tos, biar keringkan. Saya tak sangai, sbb nanti beras mcm kehitaman dan keras. Saya tak sidai kat luar sbb pk hygiene. Saya biar je kat tapis dan tutup dgn tudung saji berlubang2. Dalam sejam InsyaAllah kering dah beras.

2. Blend beras. Saya guna hand blender. Bole guna blender biasa tapi yg kecik utk blend benda kering tu. Pastikan bersih takde kesan2 cili bawang ke yerr.. nanti free2 je ada perisa tambahan kat baby.. ehehhehehe

3. Simpan dalam tupperware. Pastikan tupperware yg betul2 airtight container dan bebas dari sebarang bau2an.

4. Bila nak masak, agak2 la amik beberapa sudu dan tambah air. Saya sukat perut anak.. hihihih.. 1 sudu besar beras + 200ml air, masak dgn api kecil sampai kuar kanji dan beras jadi nasi yg empuk.

5. Kemudian bole tambahkan dgn puri. Dah siapppp! ;););) ✌✌✌

Saya tambah 1/2 biji kurma nabi yg lembut dan breastmilk. Untuk baby 6 bulan ni, bukan nak kasi dia makan kenyang. Kita cuma nak ajar dia makan dan kasi usus dia kuat. Apa pun susu tetap yg utama. Jadi mommy2 semua jgn kurangkan susu baby lak yer… juga dalam baby food NO ARTIFICIAL FOOD, NO SUGAR, NO SALT plsssssssss… untuk 6 bulan hanya puri sayur & buah2 aje.

Contoh sayur: brocolli, carrot, kentang, cauliflower

Contoh buah: papaya, banana, pear, avocado, prune, plum

Nampak macam leceh.. remeh.. tapi sebenarnya mudah sangat! InsyaAllah baby sihat dapat makanan berkhasiat air tangan mommy sendiri ;););) ✌✌✌

InsyaAllah nanti saya share info lain lagi tentang homemade baby food yaa..  Take care mommy semua! ✌✌✌ ;););)

Comments

No one has said anything yet.

Comments are closed.