HOMEMADE BABY FOOD

image

HOMEMADE BABY FOOD
Tak susah nak buat. Tak guna banyak masa pun. Dan paling penting baby dapat zat dan right food ;););)

Ni idea dan cara saya. Utk baby 6 bulan yg baru nak belajar makan. Perkenalkan dengan sayur-sayuran dulu.
1. Basuh bersih sayur2. Potong sederhana. Dan stim dalam 5 min. (Kaedah stim lebih baik dari rebus. Kalo rebus zat dan vitamin larut dlm air rebusan).
2. Blend. Saya guna hand blender aje. Pastikan blend ni bukan guna untuk blend cili dan sebagainya yaa…
3. Masukkan dalam bekas2 kecil. Saya guna bekas paling kecil (mcm kat aunty anne pretzel dip sos). Saya buat 1 jenis 1 bekas dan ada juga yg saya combine tiga2 jenis dalam 1 bekas. Simpan dalam freezer.
4. (Tiada dalam gambar) beras saya basuh bersih dan keringkan. Kemudian saya blend dan simpan.
5. Bila nak masak, amik 2-3 sudu kecik beras dan tambahkan dgn sayur2 yg dah blend tadi juga 125ml air. Masak atas dapur dgn api paling kecil dlm 5-10 min. Siap dah! (Saya tambah separuh biji kurma nabi dan masak sekali. Bila dah siap saya masukkan breastmilk).

Mudah kan? ;););)

Comments

No one has said anything yet.

Comments are closed.