
Saya terpanggil untuk up status ni lepas baca newsfeed kawan bakers saya yg cantik manis comel tapi berjaya gemilang, Ummul Amira Omar
Bila customer tanya, “saya nak beli kek berat 1kg brp hengget?”
Sahabat bakers lain nak copy ayat ni, silakan. Saya jawab begini je
“Maaf, saya tak jual kek ikut berat, tapi ikut size. Sbb lain jenis kek lain berat walau pun saiz sama.
Contoh saiz 8″ diameter permukaan & 4.5″ tinggi:
Sponge cake 1kg
Moist choc 1.5kg
Red velvet 1.6kg
Ini berat kek aje, belum masuk salut krim dan deko. Bila dah siap semua akan jadi lebih berat lagi.
Contoh
Sponge cake (kek aje) 1kg
Salut dgn fresh cream akan jadi 1.3kg
Kalau salut dgn buttercream akan jadi 1.5kg
Kalau salut dgn cream cheese akan jadi 1.8kg
Haaa ni penambahan berat pada salut krim aje. Kalau curah pula dgn mirror glaze, ada gumpaste sana sini, ada edible image, ada buah strawberry bagai, mau juga naik 200-700g lagi tu.
Dan harga pun beza2 juga tgk pada saiz, jenis kek, jenis filling, jenis salut, deko mcm mana dan penambahan bahan2 lain.
Kebiasaan standard size kek bermula size 8″. Jika nak yg lebih besar ada mcm2 pilihan size dan juga bentuk, bulat ke.. petak ke.. bentuk nombor ke..”
**********************
Agak panjang penerangan tu. Tapi itu la caranya kita educate customer. Mereka tak tau, kita kasitau, InsyaAllah mereka akan lagi paham. Bole juga beritahu anggaran brp org makan utk mudahkan cust.
Sebenarnya mereka dh terbiasa sbb dodulu semua kek pun asasnya sponge cake. Tu sbb pakai berat kilo. Laa ni dah mcm2 fesyen..
Pd saya kita as bakers, perlu terangkan walaupun naik muak.. mcm tu la perasaan jurujual kat kedai2 atau org yg keje cust service ni, dok jawab soklan sama tiap2 ari berkali2.
Sekian karangan saya pada petang sabtu ini… ehehehh ✌✌✌ 😉😉😉