Viewing ‘Homemade Baby Food’ Category

SOFT TOUFU SOUP FOR BABY

image

Organic Soft Toufu Soup with Vegie untuk baby Naimi. Naimi now dah 10 months old. Gigi baru nak keluar.. haiii lambatnya gigi gegerl sorang ni. Dah taknak food yang di blend lumat. Nak kene ada texture geget2.. Okai nah resipi

HOMEMADE BABY FOOD: SOFT TOUFU SOUP
Organic Soft Toufu
Carrot
Kobis bunga
Kobis purple
Sawi pendek
Buah tomato
Bawang goreng (bawang merah & putih)
Isi ayam
Sos tiram
Serbuk ikan bilis (penganti garam)
Tepung jagung (utk pekatkan kuah)
Cara: Didihkan air + isi ayam hingga empuk. Masukkan sayur2 yg sedikit keras. Kasi masak hingga agak lembut. Masukkan toufu + bawang goreng + serbuk ikan bilis + sos tiram + sayur2 lain yg cepat empuk. Didihkan sebentar. Last skali bancuhkan tepung jagung dgn sedikit air dan curahkan. Kacau2. Tutup api dan siap 🙂

*** untuk baby 10 bulan ke atas
*** no salt no sugar
*** jom share resipi mudah utk busy mommy ✌✌✌

Website: www.kekcawan.com.my
WhatsApp: 019 4774 566
Lokasi: Sg Tangkas, Kajang. 5 minit dari stesen komuter UKM Bdr Baru Bangi

BISKUT UTK BABY

image

Gigih mama buat biskut utk kudapan Naimi ;););) walaupun rupanya “out” tapi rasanya lemak enak!

Takde specific recipe pun. Main hentam ikut naluri kasih sayang ajer.. ehehehheh

HOMEMADE BABY BISCUITS
-Asas-
200g unsalted butter
320g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara: putar butter hingga lembut berkrim. Masukkan telur & esen dan putar hingga kembang. Masukkan tepung dan putar hingga jadi doh. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk.

BISKUT PISANG
2-3 biji pisang masak. Lecekkan. Masukkan dalam 1 bahagian doh. Gaul rata. Bentukkan ikut suka. Buat agak nipis. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

BISKUT KURMA
5-6 biji kurma dibuang biji dan di lecekkan. Masukkan dalam 1 bahagian doh. Gaul rata. Bentukkan ikut suka. Buat agak nipis. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

BISKUT CARROT CHEESE
Sagat halus carrot dan tambah 1/2 cawan shredded cheddar cheese. Masukkan dalam 1 bahagian doh. Gaul rata. Bentukkan ikut suka. Buat agak nipis. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

JEJARI ROTI
Roti di sapu nipis dengan unsalted butter. Potong roti memanjang. Taburkan dgn shredded cheddar cheese. Bakar pada suhu 160 selama 15-17 minit.

*** semua biskut takde garam. Takde gula. Biskut rasa lemak nice2 gitu. Sesuai utk baby bawah 1 tahun yg tak digalakkan utk ambil makanan bergaram dan bergula. Selamat mencuba dan selamat berkreativiti ;););) ✌✌✌ ***

KOLEKSI BABY FOOD

image

Koleksi makanan untuk baby naimi
👉 ikan salmon
👉 udang
👉 ayam
👉 broccoli
👉 carrot
👉 cauliflower

Isnin depan buat jus pula. Apple, mangga, strawberry dan pear..

haa… bekas ice cube tu, beli kat daiso siap ada penutup. Senang gitu… ;););)

HOMEMADE BABY FOOD: SERBUK IKAN BILIS

image

HOMEMADE BABY FOOD: Serbuk Ikan Bilis

Hari ni nak kongsi cara buat bahan perisa/perasa untuk baby kesayangan. Untuk baby bawah 1 tahun sebaiknya tak diberi garam dan gula. Jadi, boleh gunakan serbuk ikan bilis sebagai garam. ***hanya untuk baby 7 bulan ke atas***

Saya guna ikan bilis silver. Sebab takde tulang. Walau pun dah blend jadi serbuk, takut2 ada tulang kecil yg tajam kalau guna ikan bilis yang biasa tu. Ikan bilis silver biasa ada jual di pasaraya besar.

1. Cuci bersih ikan bilis guna penapis. Sebab ikan bilis ni halus. Rendam dalam 10 minit. Tos kan.
2. Sangai. Sama ada guna kuali tanpa minyak, sentiasa kacau. Api kecil. Atau lagi mudah masuk dalam oven dgn suhu sederhana 130-150’c. Sesekali kacau dengan sudip agar sekata masaknya. Agak2 nampak garing & kering, dah masak laa tu.
3. Blend guna blender kering hingga jadi serbuk.
4. Simpan dalam botol kaca (lebih tahan lama).
5. Bila buat bubur letak sedikit serbuk ikan bilis ni. Jangan banyak sangat yer.. biar la ada rasa skit je.

*** jangan lupa buat alergic test. Caranya, utk kali pertama campurkan serbuk ni dalam bubur baby, dalam 3 hari perhatikan jika ada sebarang elergik contoh ada merah2, gatal2, mata berair, cirit birit dan sebagainya. Kalo ada, berhenti dulu.. cuba lagi selepas seminggu. Check lagi. Kalau takde, maka lulus lah.. yay!!!! ;););) ✌✌✌

Selamat main masak2 ya mommy semua…

**mohon share pada kawan2 semua yaa.. semoga beri manfaat pada semua.. InsyaAllah

HOMEMADE BABY FOOD – BUBUR NASI

image

HOMEMADE BABY FOOD – BUBUR NASI
Harini nak share cara mudah & cepat serta menyeronokkan buat bubur nasi utk baby kiut miut kita. Silap2 dgn kita skali sebat juga 😄😄😄

1. Basuh beras macam biasa kemudian tos kan. Berapa banyak beras tu pandai2 agak la yer.. atleast utk seminggu makan pun ok. Dah tos, biar keringkan. Saya tak sangai, sbb nanti beras mcm kehitaman dan keras. Saya tak sidai kat luar sbb pk hygiene. Saya biar je kat tapis dan tutup dgn tudung saji berlubang2. Dalam sejam InsyaAllah kering dah beras.

2. Blend beras. Saya guna hand blender. Bole guna blender biasa tapi yg kecik utk blend benda kering tu. Pastikan bersih takde kesan2 cili bawang ke yerr.. nanti free2 je ada perisa tambahan kat baby.. ehehhehehe

3. Simpan dalam tupperware. Pastikan tupperware yg betul2 airtight container dan bebas dari sebarang bau2an.

4. Bila nak masak, agak2 la amik beberapa sudu dan tambah air. Saya sukat perut anak.. hihihih.. 1 sudu besar beras + 200ml air, masak dgn api kecil sampai kuar kanji dan beras jadi nasi yg empuk.

5. Kemudian bole tambahkan dgn puri. Dah siapppp! ;););) ✌✌✌

Saya tambah 1/2 biji kurma nabi yg lembut dan breastmilk. Untuk baby 6 bulan ni, bukan nak kasi dia makan kenyang. Kita cuma nak ajar dia makan dan kasi usus dia kuat. Apa pun susu tetap yg utama. Jadi mommy2 semua jgn kurangkan susu baby lak yer… juga dalam baby food NO ARTIFICIAL FOOD, NO SUGAR, NO SALT plsssssssss… untuk 6 bulan hanya puri sayur & buah2 aje.

Contoh sayur: brocolli, carrot, kentang, cauliflower

Contoh buah: papaya, banana, pear, avocado, prune, plum

Nampak macam leceh.. remeh.. tapi sebenarnya mudah sangat! InsyaAllah baby sihat dapat makanan berkhasiat air tangan mommy sendiri ;););) ✌✌✌

InsyaAllah nanti saya share info lain lagi tentang homemade baby food yaa..  Take care mommy semua! ✌✌✌ ;););)

HOMEMADE BABY FOOD

image

HOMEMADE BABY FOOD
Tak susah nak buat. Tak guna banyak masa pun. Dan paling penting baby dapat zat dan right food ;););)

Ni idea dan cara saya. Utk baby 6 bulan yg baru nak belajar makan. Perkenalkan dengan sayur-sayuran dulu.
1. Basuh bersih sayur2. Potong sederhana. Dan stim dalam 5 min. (Kaedah stim lebih baik dari rebus. Kalo rebus zat dan vitamin larut dlm air rebusan).
2. Blend. Saya guna hand blender aje. Pastikan blend ni bukan guna untuk blend cili dan sebagainya yaa…
3. Masukkan dalam bekas2 kecil. Saya guna bekas paling kecil (mcm kat aunty anne pretzel dip sos). Saya buat 1 jenis 1 bekas dan ada juga yg saya combine tiga2 jenis dalam 1 bekas. Simpan dalam freezer.
4. (Tiada dalam gambar) beras saya basuh bersih dan keringkan. Kemudian saya blend dan simpan.
5. Bila nak masak, amik 2-3 sudu kecik beras dan tambahkan dgn sayur2 yg dah blend tadi juga 125ml air. Masak atas dapur dgn api paling kecil dlm 5-10 min. Siap dah! (Saya tambah separuh biji kurma nabi dan masak sekali. Bila dah siap saya masukkan breastmilk).

Mudah kan? ;););)